Wednesday, December 12, 2007

PELAJARAN JAWI DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN
Pelajaran jawi pada masa sekarang amat sinonim sekali dangan guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan islam atau bidang keagamaan.Hal ini kerana penggunaan Bahasa Melayu amat berkait rapat di dalam proses pengajaran jawi mahupun pengajaran Pendidikan Islam.Secara tidak langsung guru Pendidikan Islam yang mengajar agama dan jawi turut terlibat di dalam penggunaan tatabahasa untuk pembelajaran jawi. Sesungguhnya guru Pendidikan Islam dan jawi bukan sahaja mengajar penghayatan agama malah penggunaan tatabahasa yang betul di dalam ayat.

2. FRASA
Di dalam huraian tatabahasa tradisional,[1] frasa ialah gabungan dua perkataan atau lebih, yang tidak dapat berfungsi sebagai predikat, walaubagaimanapun, dalam buku ini frasa diberi takrif sebagai binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkatan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar.
Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa.[2]
Dalam erti kata yang lain Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa terdiri daripada frasa subjek dan frasa predikat. Frasa Subjek dibentuk oleh frasa nama. Manakala Frasa Predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Kesemua frasa ini merupakan frasa utama di dalam ayat.
Frasa nama, frasa kerja,dan frasa adjektif ialah frasa –frasa endoksentik. Iaitu tiap-tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. Contohnya frasa nama,mempnyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa kerja , unsur intinya ialah kata kerja. Manakala bagi frasa sendi nama unsur intinya ialah frasa eksosentrik ( satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya. Dua unsur wajib baginya ialah kata sendi nama dan frasa nama.

Dari segi maksud, jenis-jenis kata boleh dipecahkan kepada lima bahagian iaitu ;
a. Kata Nama
b. Kata Kerja
c. Kata Sifat
d. Kata Tugas

2.1. KATA NAMA
Kata nama ialah kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan lazimnya kata ini menamakan orang, benda, dan tempat yang bersifat konkrit atau abstrak[3]. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
a. Kata Nama Khas
b. Kata Nama Am
c. Kata Ganti Nama
2.1.1. Kata Nama Khas ialah kata nama yang merujuk khusus kepada orang, tempat atau benda. Contoh Kata Nama Khas yang terdapat di dalam akhbar Utusan Melayu ( Teks jawi) yang bertajuk “فليهاراله فرودك فلنخوغن نضارا” ialah
"كمنترين دالم نضري , كمنترين فلنخوغن , جاوتنكواس كابينيت فلنخوغن , كمنترين فرومهن دان كراجاءن تمفاتن , كمنترين بليا دان سوكن , كمنترين كصيحتن , فرتوبوهن فلنخوغن دنيا , مجليس فلنخوغن دنيا ."

Kata Nama Khas ini ialah kata nama khas tak hidup
· ملاوت مليسيا. تاهون
· فرتوبوهن فلنخوغن دنيا
· شريكت فغغكوتن اودارا , لأوت دان دارت

2.1.2. Manakala Kata Nama Am merujuk kepada benda-benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Bagi Kata Ganti Nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Contoh Kata Nama Am yang terdapat di dalam teks jawi ialah:
ايكونومي, فكرجأن, فلنخوغن ,ايندوستري, فنجاجه, فضاواي كراجاءن
Kata Nama Am ini tergolong dalam kata nama am konkrit.
Contoh Kata Nama Am abstrak yang terdapat dalam teks tersebut ialah:
نضارا , دنيا, ميثق, ايميج, كمرديكأن ,جربو
ضمفا بومي, سونامي

2.2. KATA KERJA
kata kerja ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu[4]. Kata kerja terbina daripada kata dasar ataupun daripada kata terbitan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a) Kata Kerja Transitif
b) Kata Kerja Tak Transitif
2.2.1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif ini dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
2.2.2. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif pula terdiri daripada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
Contoh : kata kerja transitif tak tanpa pelengkap.[5]
1. Semua orang pulang
2. Pemuda itu tersenyum.
Contoh : kata kerja transitif tak berpelengkap.
1. Keadaan bapanya beransur baik.
2. Dia menjadi guru.
Contoh Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap di dalam teks jawi ialah
مشاركت جوض فرلو ممبنتو .
فيهق بركواس تمفاتن دان سكتور سواستا فرلو بكرجاسام

Di antara contoh kata kerja tak transitif berpelenkap di dalam teks jawi :
سكتور فلنخوغن امت فنتيغ كفد نضارا كران اي دافت منيغكتكن ايكونومي , مثدياكن فلواغ فكرجأن , ممفركنلكن ايميج مليسيا د مات دنيا دان منيغضلكن كسن فوسيتيف كفد مريك يغ ملاوت نضارا اين
2.3. KATA SIFAT
Kata sifat juga dikenali sebagai kata adjektif, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif[6]. Frasa adjektif boleh terdiri daripadanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. [7]
Kata sifat dapat dibahagikan kepada Sembilan jenis iaitu:
i. Kata sifat atau keadaan
ii. Kata sifat warna
iii. Kata sifat ukuran
iv. Kata sifat bentuk
v. Kata sifat waktu
vi. Kata sifat jarak
vii. Kata sifat cara
viii. Kata sifat perasaan
ix. Kata sifat pancaindera

Kata Sifat terbentuk melalui beberapa cara. Antaranya ialah terbentuk daripada kata sifat dasar, kata sifat terbitan, penggandaan kata sifat, kata majmuk, kata tugas, praklausa, dan prafrasa.
Kata Sifat yang terdapat di dalam teks jawi ialah
ممفركنلكن ايميج مليسيا د مات دنيا دان منيغضلكن كسن فوسيتيف كفد مريك يغ ملاوت نضارا اين.
Kata sifat yang terdapat di dalam ayat ini menunjukkan kata sifat yang bersifat ukuran. Kata Sifat yang menunjukkan ukuran yang terdapat di dalam teks tersebut
سكتور فلنخوغن امت فنتيغ كفد نضارا .

2.4. KATA ADVERBA
Kata adverb (Kata keterangan) ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan yang lain. Kata keterangan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah:
I. Kata Keterangan Cara
II. Kata Keterangan Masa
III. Kata Katerangan Tanya
IV. Kata Keterangan Darjah
V. Kata Katerangan Tak Tentu
VI. Kata Keterangan Nafi
Kata katerangan cara digunakan untuk menerangkan cara. Kata keterangan masa digunakan untuk menerangkan masa. Kata keterangan Tanya digunakan untuk menerangkan cara, masa, keadaan dan sebab. Bagi kata keterangan darjah ianya digunakan untuk menerangkan kata adjektif. Kata keterangan tak tentu pula digunakan untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti, dan bagi kata kerja keterangan nafi ianya digunakan untuk tujuan menafikan sesuatu.
Contoh kata keterangan tak tentu di dalam teks jawi ialah
تيدق اد سوارا يغ منافيكن كهيبتن مليسيا دالم مغنجوركن مجليس انتارابغسا .
2. KLAUSA
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi konstituen kepada ayat.[8]
Sebagai konstituen dalam prmbentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas ialah klausa yang bolah berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat pelengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
Klausa yang tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri dengan sendirinya.Di dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama. Contohnya :
Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
Kamu pandai ialah (klausa bebas), dan kerana kamu rajin belajar ialah klausa tak bebas.
Contoh klausa di dalam teks jawi:
مليسيا(klausa bebas),
سباضاي ديستيناسي فلنخوغن اوتام دنيا (klausa tak bebas)
3. AYAT
Ayat merupakan satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud atau kalimah.[9]
Ayat dapat dimaksudkan sebagai :[10]
a. Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa.
b. Mengandungi makna yang lengkap.
c. Terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulai dan diakhiri dangan kesenyapan.
d. Terbina daripada dua eleman yang penting, iaitu subjek dan predikat.
Ayat terbina melalui perkataan,frasa, dan klausa. Perkataan ialah susunan tatabahasa paling rendah dan bebas. Frasa pula ialah satu perkataan atau gabungan dua perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Manakala Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat.
Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun demikian,daripad bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat tersebut sebenarnya terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan (ayat transformasi).
Proses perubahan atau penerbitan ayat berlaku melalui proses peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan semula unsur–unsur (konstituen) ayat yang terkandung dalam dalam sesuatu ayat dasar.
Ayat dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut binaan, ragam, dan penggunaan kata kerjanya.
a. Binaan. Ayat terbahagi kepada dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
b. Ragam. Ayat terbahagi kepada ayat penyata,ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
c. Penggunaan kata kerja. Ayat terbahagi kepada ayat aktif dan ayat pasif.
Ayat terbahagi kepada dua, iaitu ayat tunggal (simpleks) dan ayat majmuk (kompleks). Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu akan menenttukan sama ada ayat itu ayat tunggal atau ayat majmuk.
Ayat tunggal (simpleks) ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu prediket. Terbinanya ayat tunggal daripada subjek dan prediket. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, manakala prediket ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh:
Ali berjalan kaki. Ali ialah subjek, berjalan kaki ialah prediket
Ayat Majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beebrapa ayat tunggal.
Contoh : Ibu Umar seorang guru. Bapa Umar seorang menteri. Kedua-dua ayat ini adalah ayat tunggal. Ayat ini akan ditukar menjadi ayat majmuk
Ibu Umar seorang seorang guru sementara bapanya seorang menteri.
Berdasarkan cara pembentukannya ayat majmuk terbahagi kepada tiga:
a. Ayat Majmuk Gabungan
b. Ayat Majmuk Pancangan
c. Ayat Majmuk Campuran.
Ayat Majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis
i. Ayat relatif
ii. Ayat komplemen
iii. Ayat keterangan
Contoh ayat majmuk (kompleks) di dalam teks jawi
سموا فيهق تيدق كيرا كراجاءن فوست , كراجاءن نضري , فيهق بركواس تمفاتن دان سكتور سواستا فرلو بكرجاسام دالم مغوجدكن دان مغكلكن فرودك فلنخوغن يغ سديا اد .
Ini contoh adalah Ayat Majmuk Gabungan.
Contoh ayat penyata yang terdapat dalam teks jawi
كيمفين ايت جوض مثاسركن كحاضيرن 20 جوتا فلنخوغ ك نضارا اين


4. PENUTUP
Penggunaan tatabahasa yang betul amat perlu ditekankan kepada semua pelajar. Sesuai dengan pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jadi melalui pendekatan mata pelajaran jawi yang diajar di sekolah rendah memang amat sesuai guru yang mengajar matapelajaran jawi menerapkan penggunaan tatabahasa yang betul dikalangan murid- murid di sekolah rendah. Bertepatan dengan seruan kerajaan yang menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Diharap dengan ini, akan dapat membantu meningkatkan martabat bahasa melayu itu sendiri, Maju bangsa kerana bahasa, marilah kita martabatkan bahasa kebangsaan kita.


\
[1] Nik Safiah Karim (1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baru.m.s. 416.
[2] Kamus Dewan Edisi Ketiga.(1996) Dewan Bahasa dan Pustaka. M.s.356.
[3].Hamedi Mohd Adnan,Siri Kecemelangan STPM Bahasa Melayu kertas 910/1. M.s.139
Ibid M.s 140.
[5] Nik Safiah Karim, (1996).Op-cit .m.s.140
[6] . Hamedi Mohd Adnan,(1998) Op-cit m.s 140.
[7] Nik Safiah Karim, (1996). Op-cit .m.s.214.
[8] Ibid, .m.s 415.
[9] Kamus Dewan Edisi Ketiga. Op-cit m.s.78.
[10] . Hamedi Mohd Adnan(1998) Op-cit.m.s.89.

No comments: